Tuesday 13 November 2012

Marilah bersolat


    Pendidikan Solat
      Agama kita menganjurkan supaya anak-anak dididik mengerjakan solat atau sembahyang sejak berusia tujuh tahun lagi. Anjuran ini terkandung dalam sepotong hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :
" Suruhlah kanak-kanak mengerjakan solat apabila berumur tujuh tahun dan apabila sudah sampai 10 tahun, maka pukullah ( sekiranya tidak solat)"
      Suruhan dan latihan melaksanakan solat serta ibadat-ibadat lain seperti berpuasa, akan membiasakan anak-anak untuk mudah mematuhi dan mentaati semua titah perintah Allah S.W.T.
      Kebiasaan mereka mematuhi suruhan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W akan dapat mempersiapkan individu kanak-kanak tersebut menghadapi alam kedewasaan dengan penuh yakin dan bersemangat.

   " Anak-anak yang mendapat didikan beribadat di peringkat asas ini akan memiliki kesihatan jasmani, kemuliaan akhlak dan perwatakan yang disukai ramai."

   Pengenalan Solat

 * Solat merupakan ibadah yang sangat besar kedudukannya dalam Islam.
 * Solat merupakan rukun Islam .
 * Solat merupakan penghubung antara hamba dengan penciptaNya.
 * Solat boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar.
 * Wajib mempelajari cara solat yang betul.

  Fadhilat Solat

  * Mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.
  * Menanamkan perasaan mengagungkan Allah S.W.T.
  * Memperolehi limpahan rahmat dari Allah S.W.T.
  * Mendapat pahala berganda.
  * Merangkumi lima rukun Islam :
    - Ada dua kalimah syahadah.
    - Menyucikan waktu dari perbuatan mungkar dan maksiat (zakat)
    - Mengawal nafsu dari perkara yang merosakkan solat (puasa)
    - Menghadap ke arah Masjidil Haram untuk memuliakan Baitullah (Haji)

  Ancaman terhadap orang yang meninggalkan solat
   1.  Ancaman di dunia
  . Umur tidak berkat.
  . Allah menghapuskan tanda-tanda soleh pada mukanya.
  . Tiap-tiap amal yang dikerjakan tidak diberikan pahala.
  . Segala doanya tidak akan diperkenankan oleh Allah S.W.T.
  . Dimarahi dan dibenci oleh makhluk di dunia.
  . Tidak ada bahagian dari doa orang-orang soleh.
  . Seksa ketika hendak mati.

   2. Ketika hampir mati
   . Mati dalam kehinaan.
   . Mati dalam keadaan tersangat lapar.
   . Mati dalam keadaan sangat haus. jika dituangkan sekelian air laut di dunia ke dalam mulut mereka,                
    nescaya mereka merasa tidak puas.

   3. Semasa di alam kubur
    . Disempitkan kuburnya.
    . Dinyalakan api. Dimana dia akan membalik-balikkan dirinya di dalam bara api.
    . Diseksa dengan ular yang bernama Asy Syujaa' Al Aqra' sehingga hari qiamat.

   4. Semasa hari akhirat
    . Allah S.W.T memandang dengan pandangan yang murka.
    . Menghadapi hitungan yang amat sukar dan sulit semasa kiraan amal.
    . Allah S.W.T akan memerintahkan Malaikat supaya menghumbankan orang yang tidak solat ke dalam
      neraka.



1 comment:

  1. Assalamualaikum ustaz,terima kasih atas tazkirah ringkas yang diberikan. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar tetapi kenapa hari ini masih ramai umat Islam yang terlibat dengan pelbagai perkara yang dimurkai Allah SWT meskipun menunaikan solat. Sukarnya mendidik umat Islam menghayati solat....namun tahniah dengan peringatan ini diharap ramai umat Islam yang insaf dan kembali bertakwa kepada Allah.Insyaallah.

    ReplyDelete